INDUSTRIAL TALK AT FACULTY Pengurusan International Organization for Standardization (ISO)

Ceramah industri berkenaan pengurusan International Organization for Standardization (ISO) bagi kursus FIE 4183 Pengurusan Teknologi telah dijalankan di Kampus UMK Jeli. Ceramah ini disampaikan oleh Encik Wan Mohd Rafi Wan Husin yang merupakan seorang pakar konsultan dalam bidang ISO. Ceramah ini merupakan jemputan kali yang ketiga buat Encik Wan Mohd Rafi kerana sebelum ini Beliau pernah dijemput untuk berkongsi mengenai pengurusan ISO pada semester sebelum ini. Encik Wan Mohd Rafi turut berkongsi tentang pengalaman bagi menarik minat pelajar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai prospek kerjaya yang terdapat dalam sektor ini. Semua pelajar yang hadir ceramah ini turut didedahkan dengan proses sebenar ISO.

Keterangan mengenai program ini adalah seperti berikut:

Program          : INDUSTRIAL TALK @ FACULTY 2022: Pengurusan International Organization for Standardization (ISO)

Tarikh              : 26 Mei 2022

Masa               : 11.00 pagi – 1.00 petang

Tempat            : BK6 UMK Kampus Jeli

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar bagi mempertingkatkan kefahaman mereka dalam mencari laluan kerjaya masa depan dan dapat menceburi bidang pekerjaan yang sesuai setelah tamat pengajian.

PM Dr Wan Mohd Faizal bin Wan Ishak